Ceramic Business Focus Berhad adalah sebuah perniagaan e-Commerce yang dimiliki sepenuhnya oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Asia Ceramic Marketing Bhd. Beribu pejabat di Ampang, Selangor. Asia Ceramic Marketing Bhd menerusi jenama Ceramic Business Focus Berhad (CBFB) yang sebelum ini dikenali sebagai Ceramic Business Club (CBC) menjalankan satu Program Keahlian Privilege dalam memasarkan produk ceramic mereka secara trading.
Ceramic Business Focus Berhad mula dilancarkan pada 7 Julai 2007 dengan nama Ceramic Business Club sebelum melalui penjenamaan semula dengan nama Ceramic Business Focus Berhad pada Julai 2009 dan merupakan sebuah perniagaan berlesen dan berdaftar, serta sah dijalankan mengikut undang-undang. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd di Laman Rasmi Syarikat. Berikut adalah Sijil Pendaftaran Asia Ceramic Marketing dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Klik sini untuk lihat lesen.
2. Apakah Konsep Perniagaan yang dijalankan oleh Ceramic Business Focus Berhad ini?
Asia Ceramic Marketing Bhd adalah sebuah perniagaan perdagangan (trading) produk-produk seramik yang memasarkan produk-produk ini untuk pasaran dalam dan luar negara. Selain menjalankan perniagaan secara trading, syarikat ini memperkenalkan satu Program Keahlian Privilege yang dipanggil Ceramic Business Focus Berhad. Melalui program keahlian ini, Ceramic Business Focus Berhad menawarkan pelbagai ganjaran dan kelebihan yang cukup istimewa kepada Distributornya. Setiap Distributor yang mendaftar akan menerima satu kad keahlian Ceramic Business Focus Berhad yang tertera nama ahli dan no keahlian mereka pada kad privilege tersebut.
Konsep program keahlian ini sama seperti program ganjaran Real Rewards atau Bonuslink yang dianjurkan oleh Petronas dan Shell. Dengan menjadi ahli dan memegang kad ganjaran tersebut, ahli akan menerima ganjaran dan keuntungan berdasarkan pembelian dan kesetiaan ahli. Jenis-jenis hadiah dan ganjaran yang diberikan adalah bergantung kepada syarikat yang menganjurkannya.
Konsep ini sama juga dengan apa yang dilakukan oleh Ceramic Business Focus Berhad sekarang. Anda akan menerima kad keahlian Ceramic Business Focus Berhad dan akan menerima ganjaran istimewa yang anda sahaja sebagai Distributor berpeluang mendapatnya, orang lain yang bukan ahli tidak berhak memperolehinya. Kelebihan dan ganjaran yang diberikan adalah tertakluk kepada Ceramic Business Focus Berhad itu sendiri.
3. Apakah Konsep Perniagaan secara Kad Keahlian Mata Ganjaran ini SAH dan SELAMAT dilakukan?
Penting diingatkan bahawa Asia Ceramic Marketing Bhd menjalankan perniagaan trading produk-produk ceramic. Adakah perniagaan trading ini SAH dan SELAMAT? Anda tentu sudah tahu jawapannya. Ya, perniagaan ini adalah selamat dan sah dilakukan. Konsep perniagaan ini sama sahaja dengan perniagaan kedai-kedai runcit di tempat anda. Ada barangan yang dijual dan ada pelanggan yang membelinya.
Manakala Ceramic Business Focus Berhad pula adalah satu Program Keahlian Privilege yang memberikan keistimewaan kepada Distributor yang mendaftar. Tujuan utama program privilege ini diwujudkan adalah untuk mengikat pelanggan mereka supaya terus bersama dengan syarikat. Setiap Distributor ditawarkan kelebihan-kelebihan tertentu seperti memperolehi mata dengan setiap kali pembelian produk, harga produk yang lebih murah dan dapat menyertai promosi-promosi yang dianjurkan oleh syarikat. Selain itu, ini adalah salah satu strategi syarikat dalam memperkenalkan produk keluaran Asia Ceramic sendiri.
Konsep perniagaan seperti ini telah banyak dipraktikkan di pasaran, cuma kita tidak menyedari peluang dan ganjaran dari program keahlian tersebut. Seperti contoh anda pengguna kenderaan, pasti akan mengisi minyak kenderaan anda. Di Malaysia, terdapat banyak syarikat petrol station dan yang terkenal adalah Petronas dan Shell. Syarikat-syarikat ini bersaing untuk mendapatkan pelanggan, dan salah satu strategi mereka adalah dengan memperkenalkan program keahlian mata ganjaran iaitu Real Rewards (Petronas) dan juga Bonuslink (Shell). Melalui program ini, setiap ahli akan diberikan satu kad keahlian percuma yang tertera jenama syarikat tersebut dan mereka boleh menikmati pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh program tersebut. Dengan mengisi minyak di petrol station tersebut, ahli-ahli akan menerima mata ganjaran dan setelah dikumpul dalam jumlah tertentu mereka boleh menukarkannya dengan hadiah dan barangan tertentu. Keistimewaan ini tidak boleh didapati oleh bukan ahli program tersebut. Adakah perniagaan mereka SAH dan SELAMAT dilakukan? Sudah tentu anda mengetahuinya! Program tersebut telah berjalan bertahun-tahun lamanya dan perniagaan berkonsepkan seperti ini tidak memerlukan mereka mempunyai Sijil Jualan Langsung (AJL) mahupun kelulusan Bank Negara Malaysia, kerana perniagaan seperti ini bukanlah pelaburan internet, skim cepat kaya mahupun pengumpulan wang deposit haram seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Ceramic Business Focus Berhad juga menggunakan konsep perniagaan seperti ini. Setiap distributor yang mendaftar akan diberikan satu kad keahlian yang tertera jenama Ceramic Business Focus Berhad dan akan membawa jenama tersebut dalam perniagaan mereka. Kad ini tidak diterima oleh mana-mana individu yang tidak mendaftar. Apakah ganjaran dan keistimewaan menjadi ahli program ini? Sila rujuk soalan di bawah.
4. Apakah Keistimewaan yang ditawarkan jika saya menjadi Ahli Ceramic Business Focus Berhad?
Sebagai Distributor yang mendaftar secara rasmi dengan syarikat, Ceramic Business Focus Berhad menawarkan pelbagai keistimewaan kepada Distributornya dan keistimewaan ini hanya diperolehi oleh Distributor yang mendaftar sahaja.
Keistimewaan pertama adalah setiap Distributor akan diberikan satu Program Kebajikan Community Caring Programme yang lebih dikenali sebagai program Khairat Kematian. Melalui program ini, setiap Distributor yang meninggal dunia akan menerima sumbangan daripada pihak syarikat dan Distributor yang lain. Sumbangan tersebut akan diberikan kepada pewaris mangsa.
Selain program khairat kematian CCP untuk setiap Distributor, Ceramic Business Focus Berhad juga menyediakan satu tabung kebajikan khusus untuk menderma kepada Pertubuhan Kebajikan, NGO dan lain-lain lagi yang dikenali sebagai Community Service Programme.
Ceramic Business Focus Berhad juga menawarkan pelbagai barangan dan produk yang membolehkan kesemua Distributor menukarkannya dengan mata Shoping Points yang diperolehi daripada bonus yang diterima. Produk dan barangan tersebut meliputi Pakej Pelancongan, Pakej Umrah, Voucher Membeli-belah Giant Hypermarket, Voucher KFC dan Pizza Hut, Aksesori Ceramic Business Focus Berhad, barangan Ceramic keluaran Vantage dan lain-lain lagi. Pihak syarikat akan menambah beberapa lagi barangan yang lain dalam masa terdekat ini seperti Tiket Penerbangan Air Asia, Telefon Bimbit, Prepaid, MP3, Kamera Digital dan sebagainya yang akan ditambah dari semasa ke semasa.
Selain daripada ganjaran di atas, Ceramic Business Focus Berhad juga membuka peluang kepada mana-mana Distributornya untuk menyertai program "The CeramicClub Sellback Franchise System". Program ini hanya dibuka kepada Distributor Ceramic Business Focus Berhad sahaja. Melalui program ini, Distributor akan dilantik menjadi Franchise syarikat dan akan menerima bonus melalui Booster Rewards Bonus. Apakah maksud franchise dan bagaimana keistimewaan tersebut dapat menguntungkan setiap ahlinya? Sila rujuk dalam soalan berikutnya.
Selain ganjaran program di atas, Ceramic Business Focus Berhad juga menawarkan ganjaran-ganjaran yang lain iaitu International Profit Sharing Pool, iaitu sebuah perkongsian keuntungan bijak melalui pembelian profit sharing dan juga daripada program Franchise di atas.
5. Apakah Maksud Franchise?
Franchise menurut Kamus Dewan bermaksud "Satu Hak Yang Diberikan Oleh Sesebuah Syarikat Untuk Menjual Atau Memasarkan Produk Melalui Sistem Yang Ditentukan".
Jika kita lihat pada contoh-contoh perniagaan yang menjalankan sistem franchise ini seperti KFC, McD dan Seven E, mereka begitu berjaya dalam mengembangkan perniagaan mereka sehingga ke seluruh dunia.
Cuba lihat McD, dengan hanya sebiji Burger mereka berjaya membuka market ke seluruh dunia. Berlumba-lumba individu yang ingin membuka franchise ini kerana sistem mereka telah terbukti berjaya. Jika dilihat pada sistem mereka, pemilik Franchise McD ini didapati tidak pernah sekali pun menjual, membungkus atau menjadi juruwang di kaunter franchise mereka. Sebaliknya yang melakukan tugas-tugas tersebut adalah SISTEM FRANCHISE itu sendiri! Syarikat McD telah menyediakan sistem (tugas mempromosi, kursus untuk pekerja, menu hidangan, harga hidangan) yang akan membuat jualan untuk pemilik McD tadi.
Perkara ini sama juga seperti yang dilakukan oleh Ceramic Business Focus Berhad. Apabila anda memilih salah satu Pakej dari pakej-pakej yang ditawarkan dan memilih option sell back kepada syarikat untuk tugas membuat jualan, pihak Ceramic Business Focus Berhad yang akan menjualkan produk tersebut untuk anda dan anda akan diberikan keuntungan hasil jualan tadi seperti yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Melalui kaedah Franchise ini, bukan anda yang membuat jualan, sebaliknya Sistem Franchise Ceramic Business Focus Berhad yang akan membuat jualan untuk anda!
6. Bagaimanakan Sistem Franchise Ceramic Business Focus Berhad beroperasi?
Anda ditawarkan dengan 4 pilihan Pakej iaitu Pakej A (Classic) : RM900, Pakej B (Silver) : RM1,800, Pakej C (Gold) : RM3,800 dan Pakej D (Platinum) : RM6,800. Setiap Pakej ini sebenarnya mengandungi pilihan produk tertentu.
Untuk Pakej-pakej ini, anda diberikan dua pilihan sama ada ingin membeli produk tersebut secara Trading (beli untuk membuat jualan sendiri atau untuk kegunaan sendiri), ataupun anda membelinya secara Franchise (syarikat akan menjualkan produk tersebut untuk anda) sebagai wakil jualan anda melalui program yang dinamakan "The CeramicClub Sell Back Franchise System".
Sekiranya anda membeli secara trading, anda berhak untuk menjualkan produk tersebut pada sebarang harga yang anda suka, dan keuntungan jualan tersebut adalah keuntungan runcit anda. Harga tidak ditetapkan kerana dalam bisnes trading, setiap Distributor berhak menentukan hanga jualannya sendiri.
Sekiranya anda memilih option sell back kepada syarikat, syarikat telah menetapkan harga jualan produk tersebut dan seterusnya membuat pembayaran kepada anda mengikut harga jualan itu. Syarikat membuat pembayaran hasil jualan anda (Modal + Keuntungan) secara ansuran ataupun bertangguh melalui pemberian "post dated cek" sebaik sahaja pendaftaran dilakukan dan tempoh pembayaran adalah bergantung kepada pilihan pakej, Pakej A & B (2 bulan), Pakej C (3 bulan) dan Pakej D (4 bulan).
7. Bolehkah syarikat ini dipercayai dan tidak menipu ahlinya?
Asia Ceramic Marketing Bhd sememangnya boleh dipercayai dan mereka sangat jujur dan ingin membantu ahli-ahlinya membina pendapatan dengan cara dan konsep yang betul. Pihak syarikat telah bekerjasama dengan Giant Hypermerket apabila menjadikan Voucher Giant sebagai produknya di dalam e-mall. Sebelum syarikat gergasi seperti Giant Hypermarket ini bekerjasama dengan Asia Ceramic Marketing, mereka sudah pastinya menyelidik dahulu latar belakang syarikat dan track record syarikat sebelum bekerjasama. Ini dilakukan bagi menjaga reputasi dan nama baik Giant Hypermarket sebagai sebuah syarikat ternama di Malaysia. Apabila kerjasama ini termetrai, ini dapatlah membuktikan bahawa syarikat sememangnya melakukan perniagaan yang betul, kukuh, dan yang pastinya jujur dan tidak menipu ahli-ahlinya!
Selain daripada Voucher Giant, pihak syarikat juga telah bekerjasama dengan KFC dan Pizz Hut apabila memasukkan Voucher KFC dan Pizza Hut tersebut ke dalam e-mall. Dan dalam masa terdekat ini pula, Asia Ceramic Marketing akan memasukkan dua lagi voucer iaitu Voucher Pasaraya Parkson dan juga Voucher Isian Minyak! Ini membuktikan syarikat ini boleh dipercayai. Jika syarikat sebesar Giant, KFC, Pizza Hut dan Parkson sendiri menaruh kepercayaan terhadap Asia Ceramic Marketing Bhd, adakah anda masih lagi ragu-ragu untuk merebut peluang yang sememangnya terhidang di depan mata anda ini?
8. Betul ke kalau tak cari downline masih dapat bonus?
Perlu diingatkan sekali lagi bahawa Ceramic Business Focus Berhad bukanlah perniagaan MLM yang memerlukan anda mencari downline baru dapat bonus. Ceramic Business Focus Berhad ini adalah perniagaan secara trading. Apa yang anda jualkan, itulah bonus yang akan anda perolehi. Tetapi keunikan dan kelebihan Ceramic Business Focus Berhad ini, walaupun anda tidak pandai menjual produk tersebut, pihak syarikat yang membantu anda membuat jualan menerusi sistem Franchise nya dengan keuntungan dan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.
Contoh: Beli Produk C (Gold) Harga RM3800, Syarikat Jual Harga RM4350. Jadi Anda Untung RM550
Contohnya anda memilih untuk membeli Produk Pakej C (Gold) yang berharga RM3800. Jika anda memilih option sell back kepada syarikat dengan sistem Franchise, syarikat akan menjualkan produk tersebut dengan harga RM4350 dan anda akan menerima keuntungan pembelian tersebut sebanyak RM550. Keuntungan ini diperolehi walaupun anda tidak mempunyai downline! Inilah bezanya jika ingin dibandingkan perniagaan Trading dengan sistem MLM.
9. Jadi, adakah saya perlu menjualkan produk itu untuk mendapatkan Personal Bonus tersebut?
TIDAK! Bukan anda yang membuat jualan, sebaliknya syarikat yang membuat jualan untuk anda. Syarikat telah menetapkan nilai keuntungan yang anda akan perolehi daripada penjualan tersebut. Cara bisnes ini beroperasi telah dijelaskan dalam soalan no 5 di atas.
10. Adakah saya perlu maintain buat pembelian barang apa-apa setiap bulan untuk mendapat bonus?
TIDAK PERLU! Kami tidak meminta anda membuat pembelian barang apa-apa. Cuma kami meminta anda menggunakan kembali modal yang anda terima daripada hasil jualan bulan sebelumnya untuk melakukan pembelian semula Pakej pada bulan tersebut. Wang bonus yang anda terima, Personal Bonus tu anda simpanlah. Gunakan kembali modal asal anda tadi untuk membuat pembelian Pakej pada bulan yang berikutnya. Jika anda tidak membuat re-purchase pada bulan tersebut, anda tidak akan mendapat bonus daripada overidding downline anda pada bulan depannya. Anda tidak perlu nak keluarkan duit poket anda lagi dan keluar duit setiap bulan, yang perlu anda lakukan ialah gunakan wang modal anda tersebut secara berulang setiap bulan.
Konsep bisnes Trading memerlukan anda lebih berdisiplin dalam menguruskan perniagaan. Katakan hari ini saya adalah penjual Milo di sebuah kedai runcit. Dan setiap bulan saya memborong 100 tin milo dengan pihak pembekal dan dibeli dengan harga borong (RM5.00 bagi satu tin) yang sememangnya jauh lebih murah. Dan pada bulan tersebut saya berjaya menjualkan kesemua stok milo saya tersebut kepada pelanggan saya dan dijual dengan harga runcit (RM9.00 bagi satu tin). Hasil keuntungan (RM4.00 bagi satu tin) daripada jualan tadi saya simpankannya dan modal pembelian (RM5.00 bagi satu tin) saya gunakan kembali untuk membuat pembelian pada bulan hadapan. Beginilah sistem perniagaan trading, jika saya berjaya kekalkan pembelian 100 tin setiap bulan dan berjaya menjual kesemua 100 tin tersebut dalam masa yang ditetapkan, saya akan mempunyai hasil keuntungan yang konsisten dan tetap setiap bulan. Jadi, inilah sebenarnya kunci kejayaan kepada sistem Franchise seperti yang dilakukan oleh Seven Eleven.
Apa yang menjadikan Seven Eleven perniagaan yang cukup berjaya sehingga berjaya membuka cawangan Franchisenya ke seluruh dunia adalah disebabkan sistem disiplin stok barangannya. Katakanlah saya membeli satu buku roti dari Seven Eleven cawangan A, apabila cashier menekan Jual satu buku roti di mesin kira-kiranya, secara automatik Ibu Pejabat Seven Eleven akan mengesan bahawa Seven Eleven cawangan A tadi telah kekurangan satu buku roti. Dan esoknya, pihak HQ akan terus menghantar satu buku roti yang kurang tadi ke Seven Eleven cawangan A tadi. Inilah kunci kejayaan mereka. Ada sistem yang betul-betul berdisiplin dalam pengurusan kewangan dan stok barangnya.
Sama juga dengan Ceramic Business Club. Anda gunakan kembali modal dari pembelian sebelumnya untuk membuat pembelian pada bulan ini. Keuntungan hasil jualan tersebut anda simpan sebagai bonus anda.
11. Jika saya mendaftar sekarang, berapa lamakah tempoh masa untuk saya pulang modal?
Bergantung kepada Pilihan Pakej yang anda lakukan semasa pendaftaran. Untuk Pakej A (Classic) dan B (Silver), tempoh masa untuk anda dapat keuntungan tunai bermula dari bulan ke-3 dari tempoh pembelian, bagi Pakej C (Gold), tempoh masa untuk anda dapat keuntungan tunai bermula dari bulan ke-4 dari tempoh pembelian dan bagi Pakej D (Platinum), tempoh masa untuk anda dapat keuntungan tunai bermula dari bulan ke-5 dari tempoh pembelian.
12. Saya ingin mendaftar sebagai Ahli Ceramic Business Focus Berhad sekarang. Macam mana caranya?
Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi saya melalui: